Tuesday, September 27, 2011

kuatlah

semalam, hari ini, kelmarin...
banyak sangat sangat! mendengar tentang -
diri yang futur.
diri yang sedang melemah
diri yang sedang tidak bersemangat.
sebenarnya macam pos saya sebelum ni juga.


jalan dakwah ini bukan mudah dan acapkali melelahkan
tapi hakikatnya ia lelah apabila dalaman tidak di tampung dengan baik.
terlalu banyaknya urusan, tapi tidak bertaqarrub kepada Allah
jiwa itu akan mudah melemah
ibarat pokok besar yang kelihatan kuat
tetapi di dalamnya sedang hebat dimakan anai2..
luaran yang gah, tapi dalaman yang kosong dan lompang dan berongga
pastinya pokok yang besar itu mudah sekali roboh
walaupun hanya ditiup angin lembut

aku bukanlah mengatakan aku hebat
aku juga ada rasa lemah
ada rasa tergolek golek nak jaga mutabaah
nak jaga iman di rumah
nak jaga supaya tidak berkumpulnya dosa2 kecil dan besar dalam pergaulan dengan rakan2 sekerja di sekolah - cikgu perempuan
nak menyiapkan segala tugasan dakwah dengan cemerlang
juga tugasan di sekolah dengan gemilang
kadang2 struggle sangat nak keluar dari rumah follow up
or pergi usrah.
dan hakikatnya
kekuatan itu datangnya dari Allah.
minta pada Allah pasti dia bagi. bukan minta kekuatan pada manusia.
manusia amat lemah.

aku doa.
agar aku kuat.
ikhwah akhwat ku kuat.
moga kita semua berjaya melalui fasa2 perubahan ini dengan jayanya

kekadang hati juga berbisik
mohon ampun pada Allah
moga di tsabatkan kaki
di jalan dakwah
hingga bertemu syurga.
ameen

Saturday, July 30, 2011

bismillahirrahmanirrahim

right now..
feel like empty
feel like need something
tapi
sang dai itu perlu keluar dari kepompong kekosongan
sang hati itu perlu sangat dekat dengan Allah
memohon kepada Allah sangat banyak benda
ada banyak yang belum diberikan Nya
mungkin diberikan lambat
mungkin diberikan dalam bentuk lain yang Dia yang lebih tahu hikmahnya..
dan diri dan hati ini perlu bersabar dengan lebih lagi
ya..saat menunggu itu
pelbagai ujian buat diri datang
entahlah
perlu sangat yakin akan ketentuan dari Dia..

diba..
silalah jaga mutabaah kamu dengan baik
bulan ramadhan yang datang ni
tingkatkan lagi  mutabaah dan jadikan mutabaah amalan yang kamu tidak boleh tinggalkan

Tuesday, July 19, 2011

nota chemistry form 4

http://www.scribd.com/doc/34165463/Notes-Chemistry-Form-4-Chapter-4-1

http://www.scribd.com/doc/2313174/Chemical-Bond-II -
http://chemclass4spm.blogspot.com/search/label/Chemical%20Bond soalan ujian bulanan 2 dan jawapan

Thursday, June 16, 2011

Tuesday, May 31, 2011

awak. anak murid cikgu.

bismillahirrahmanirrahim..

ternampak dalam facebook..
gelagat students pi outing..main bowling..
depa punya dressing...
kelakar pun ada...
agak tak berkenan juga la...
macam....
wanna be...
ni mengumpat ke? astaughfirullahalazim...

tapi apa pun cikgu doakan awak2 semua dapat nikmat terbesar macamana cikgu dapat.
kita sama.
bermulanya sekolah biasa.
dan Allah berkenan memilih cikgu untuk mengenal Islam dengan lebih baik. alhamdulillah. syukur.
awak2 juga tak mustahil akan mendapat perkara yang sama...
cikgu doakan awak.
satu hari nanti awak semua akan memahami Islam dengan baik dan menjadi pejuang buat agama ini .insya Allah amin.

Monday, May 30, 2011

juvana

bismillahirrahmanirrahim

tgk cerita juvana.

betul..
memang betul
salah satu sebab gangsterism kerana mereka mengalami penderaan di rumah.
tgk cerita tu rasa kesian sgt.
tapi praktikalnya..macamana nak bantu budak macam tu?
kekadang sangat menguji kesabaran. sampai tak mampu nak bersabar..
tapi kekadang..sendiri rasa..nak menjaga ego juga.. kekadang..
ntah la..
selalu sangat dengar
budak2 ni kalau kita berkeras, dia akan makin keras...
tapi kalau kita berlembut dia piijak kepala kita.
yang depan mata macam tu lah..
mungkin perlukan masa sangat
untuk bersama2 mereka membantu menangani masalah yang pelbagai.
yang nak di jaga beratus2 orang..
yang nak di cater beribu2 masalah...
bermain dengan jiwa manusia bukan mudah
menyelami jiwa manusia juga sangat sukar.

kadang2 tak mampu nak buat apa2 dengan perangai budak2 ni yang pelbagai
hanya mampu berdoa banyak banyak dalam hati
hanya mampu berdoa..
doa tu :
 mohon moga Allah beri kesabaran untukmenghadapi mereka terutamanya.
mohon sangat2 moga ada kesabaran dalam hati.
mohondi berikan jalan agar hati2 mereka tersentuh
sekurang2 nya untukmelengkapkan solat wajib 5 waktu
dan seterusnya punyai kesedaran untuk belajar..

Allahu Rabbi..
bantu aku. bantu aku dalam mendidik akan2 bangsa Melayu Islam ini.
berikan mereka hidayah Rabbi.

Wednesday, March 30, 2011

http://video.about.com/chemistry/How-to-Balance-Chemistry-Equations.htm