Wednesday, December 21, 2011

dia dah nikah

'ada 3 orang yang wajib datang nikah kita termasuk dib'
'siapa2 orang lagi?'
'rasa2 sapa?mestilah dib tahu'

akhirnya..tidakdapat menghadirkan diri ke majlis pernikahan.
tapi berkejar ke kuala kangsar untuk menghadirkan diri ke majlis walimatul urus akhwat yang sangat aku sayang ni.
walaupun pada masa yang sama menjadi timbalan pengarah program kem lepasan spm.
alhamdulillah.tak buat kerja gila pergi juga jumaat tu.
sebab jumaat yangkelam kabut untuk program tu. alamdulillah. sabtu selamat pergi dan pulang.

satu je rasa sepanjang berada di walimah itu.
sangat sayu.
saya bersyukur kerana dia dah menyempurnakan separuh agama. alhamdulillah
tapi saya terasa sangat-sangat kehilangan
(sekarang ni mata berkaca-kaca)
sangat sangat.
selalu saya suka tengok pengantin. tengok lama2sebab cantik.
tapi pengantin yang inisaya tak sanggup tengok lama-lama.
takut cair pula air mata ni depan mereka.
terasa tak sanggup melepaskan dia pergi menjadi milik orang lain.
orang asing!

semasa mahu pulang.
bergambar sebentar.
saya berdiri sebelah dia.
dan saya orang pertama salam dia lepas ambik gambar tu
saya peluk dia, dia peluk saya.
tapi saya tak mampu nak cakap apa-apa.
even barakallahuakum
not even one words.
tapi dia cakap.
'doakan..'(ada lagi tak ingat)
saya pandang dia senyum je dan saya terus keluar.
nasib baik saya tak nangis.
dan saya mampu menahan air mata daripada keluar sepanjang panajang panjang.
sampailah hari ini.

deep in my heart.
saya sayang dia sangat!
dia murabbiyah saya. lama.
roomate sejak matrik.
dalam dunia ni ada 2 orang yang saya boleh cakap dengan baik.
dia dan roomate.
entahlah..

saya sayang dia.
saya tak tahu kenapa saya sayang dia sangat
sangat.
dulu masa habis upsi,
saya sedih sebab risau tak boleh jumpa dia.
tapi alhamdulillah.
lepas 2 tahun meninggalkan upsi saya masih jumpa dia dalam meeting-meeting kami
dan selalu sembang dengan dia dan selalu jaulah dengan dia
masih boleh curhat, gelak-gelak

tapi.
bila dia diikat dengan sebuah ikatan pernikahan
dia dah menjadi milik orang lain.
terasa sangat dia hilang.
terasa sangat kehilangan dia.

no more jaulah-jaulah
sembang-sembang
jalan2naik kereta
makan-makan kat d limau nipis.
makan ayamas kat masjid.

entahlah
saya masih belum mampu menerima
ya Rabbi.
kuatkan hati aku
menerima perpisahan ini.
sedih terasa.
sebab terasa dia lain.


cakap dengan hirzi
'kita sedih sangat'
hirzi kata
'kenapa sedih. kita gembira. n excited je'

esoknya dapat sau meseg
'kita pun sedih juga. baru terasa' hirzi

tanya ima
'ima ok ke?'
'ok je.
'terasa lain tak'
dia angguk dengan macamtakda perasaan tapi pandangan yang bermakna. dan saya tahu. dia juga rasa sayu.
'rasa lain. kita tinggal bertiga je weh' ima sambung

so
kesimpulan untuk saya, hirzi n ima..
ini hakikat yang kita perlu terima.
dia dah nikah.
tinggal kita bertiga

jadi.
jomlah kita kawen juga..
nanti taklah sedih sangat kan..
kan?

i dedicate lagu irfan makki ' mabrouk'buat ukhti solihah n akh munaim.
barakalahulakuma wabaroka 'alaikuma wajama'a bilkhair

p/s : taknak letak gambar mereka. tengok punbelum boleh. sebab nanti saya nangis.